Bahaya Kurang Pendedahan Kepada Cahaya Matahari

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Kita bertuah kerana tinggal di Malaysia yang mempunyai cahaya matahari sepanjang tahun. Sepatutnya masyarakat kita tiada masalah tentang pendedahan kepada cahaya matahari. Tetapi kehidupan zaman sekarang yang mana kita lebih banyak berteduh di rumah, kereta dan pejabat menyebabkan majoriti masyarakat kita terutamanya kaum wanita mempunyai masalah kurang pendedahan kepada bahaya matahri.

Kajian terbaru menunjukkan pendedahan yang secukupnya kepada cahaya matahri adalah penting kepada kesihatan dan akan membantu kita lebih sihat, hidup sihat lebih lama dan lebih gembira. Ya…cahaya matahari boleh membuatkan kita lebih gembira kerana ia meransang mood dan mengurangkan tekanan stres. Cahaya matahari membantu melindungi kita daripada pelbagai masalah kesihatan seperti serangan jantung, asthma, kegemukan (obesiti), multiple sclerosis dan kekurangan Vitamin D yang boleh mengganggu syahwat (libido) dan meningkatkan mood.

Pendedahan kepada cahaya matahri akan membuatkan tubuh kita menghasilkanlebih bahan nitrik oksida (NO) yang akan membantu saluran darah mengekalkan ke’terbukaan’nya iaitu mengurangkan masalah penyempitan saluran darah. Ini akan melindungi sistem kardiovaskular dan mencegah penyakit serangan jantung dan strok. Oleh itu pendedahan kepada cahaya matahri membantu seseorang mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular akibat masalah atherosklerosis. Ia juga membantu meningkatkan paras serotonin iaitu neurotransmitter otak yang penting untuk meningkatkan mood gembira dan mengurangkan tekanan stres.

Menurut ahli sains di Karolinska Institutet, Sweden masalah kurang pendedahan kepada cahaya matahari adalah sama risikonya kepada kesihatan seperti merokok. Berdasarkan kajian mereka, seorang yang tidak merokok, tetapi tidak mendapat pendedahan kepada cahaya matahari secukupnya maka jangka hayat hidup yang sama seperti perokok yang mendapat pendedahan cahaya matahari yang cukup. Seorang lagi ahli sains, iaitu Dr Richard Weller daripada Edinberg University telah mencadangkan bahawa nasihat untuk mendapatkan pendedahan cahaya matahari yang secukupnya adalah sangat penting terutama kepada warga tua yang lebih banyak duduk di rumah. Pasukan kajian beliau lah yang telah membuat kajian dan cadangan bahawa pendedahan kepada cahaya matahari boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko strok dan serangan jantung. Ini adalah kerana individu yang mempunyai pendedahan yang secukupnya kepada cahaya matahari akan menyebabkan
saluran darah mengembang dan ini akan menyebabkan tekanan darah menurun.

Saintis daripada Cambridge University pula mencadangkan bahawa pendedahan kepada cahaya matahri secukupnya akan mengubah kelakuan gen dalam sel dengan menunjukkan ekpressi gen 28% daripada susunan genetik dari musim ke musim. Pengkaji melaporkan aktiviti anti keradangan gen meningkat semasa musim panas, oleh itu cahaya matahri adalah faktornya dan kajian ini menunjukkan pendedahan kepada cahaya matahari akan mengurangkan respon keradangan dalam tubuh.

Cahaya matahari akan membantu tubuh seseorang kekal kurus dan sihat berdasarkan kajian oleh pengkaji daripada Edinburg University dan Southampton University. Ini adalah kerana kajian mereka menunjukkan radiasi cahaya ultraungu (UV) daripada cahaya matahari boleh menghalang perkembangan masalah obesiti dan penyakit diabetes mellitus jenis 2. Manusia secara umumnya akan merasa lebih gembira apabila terdedah kepada cahaya matahari. Ini menurut kajian adalah kerana gelombang cahaya utama dalam cahaya matahari akan meransangkan saraf mata atau retina yang mengawal kawalan waktu tubuh kita. Oleh itu ia juga mengawal pengeluaran hormon dalam tubuh seperti melatonin yang mana jika ia tidak dirembeskan secukupnya oleh tubuh akan mengakibatkan seseorang mengalami masalah kemurungan dan susah hendak tidur dan untuk jangkamasa panjang boleh menyebabkan masalah penyakit degenerasi otak seperti penyakit Alzheimer dan penyakit Parkinson.

Kajian ada menunjukkan seseorang yang berkulit cerah lebih mudah mendapat kanser kulit jika terdedah secara berpanjangan dan kerap kepada cahaya matahri yang terik. Tetapi kajian epidemiologi juga menunjukkan masyarakat yang mempunyai pendedahan kepada cahaya matahari lebih lama akan mempunyai jangkahayat yang lebih lama walaupun kadar penyakit kanser kulit adalah lebih tinggi.

Mengelakkan pendedahan lansung kepada cahaya matahri dan menggunakan krim pelindung cahaya matahari (sunblock) boleh menjadi faktor risiko yang baru kepada penyakit jantung koronari. Walaubagaimanapun, adalah tidak dicadangkan kita berjemur berjam-jam di bawah cahaya matahari terik. Penggunaan krim pelindung cahaya matahari sepatutnya digunakan bila perlu secara berkala sahaja kerana kita masih perlu didedahkan dengan cahaya matahari yang secukupnya. Kita masih perlukan penghasilan Vitamin D yang secukupnya kerana ia penting untuk memastikan panjang ‘telomere’ sihat dalam sel. Panjang telomere ini yang menentukan panjang umur seseorang individu berdasarkan kajian sains terkini. Secara umumnya boleh lah kita katakan bahawa cahaya matahari merupakan asas penting kepada kesihatan dan juga ia boleh mengancam kesihatan jika kita terdedah kepada cahaya matahari yang terik terlalu lama. Keseimbangan yang sederhana itu penting untuk mendapatkan faedah kesihatan yang baik.

Kajian menunjukkan penyakit kanser kulit jenis ‘Cutaneous Malignant Melanoma’ adalah sejenis kanser kulit yang serius yang terjadi hampir tiga suku kes-kes kanser kulit yang menyebabkan kematian. Kajian terbaru menunjukkan mengelakkan pendedahan kepada cahaya matahari akan mengurangkan risiko selar matahari (sunburn) tetapi ia akan meningkatkan risiko kanser kulit. Pendedahan kepada cahaya matahari secara optima pada waktu diantara pukul 8am ke 10am akan memberikan pendedahan yang ideal dan lebih sihat. Selepas pukul 11am sehingga 4pm di Malaysia, pendedahan kepada cahaya matahari terik adalah perlu di minimakan. Apabila waktu selepas zuhur, cahaya matahari akan ditapis oleh atmosfera yang mana UVB di tapis lebih banyak berbanding UVA. Kajian menunjukkan UVA boleh merosakkan kulit dan menyebabkan kulit berkedut dan kelihatan tua. UVB pula adalah cahaya matahari yang penting untuk penghasilan Vitamin D dibawah kulit. Ia lebih banyak di waktu pagi sehingga ke sebelum tengahari yang panas terik. Secara umumnya, dapatkanlah pendedahan kepada cahaya matahari secara optimum dengan mendedahkan kulit kita kepada cahaya matahari pagi seboleh yang mungkin untuk mendapat kesihatan yang terbaik, Insyaallah.

Rujukan:

  • https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/26992108
  • https://www.ed.ac.uk/news/2013/sunshine-080513
  • https://www.sciencedaily.com/releases/2013/05/130507195807.htm
  • https://www.the-scientist.com/news-opinion/seasonal-genes-35478

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS (Man), MScAARMMA(UCSI)
MNM (ACNEM), FAGE (MAHE)

Dr Norman bin Mohd Norawi

Pakar Kecantikan (Aesthetic), Anti Penuaan dan Perubatan Regeneratif serta penulis dan penceramah penjagaan kesihatan.

Recent Posts