Buah Kurma dan Kehamilan

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Buah kurma atau tamar telah dikaji tentang kepentingan dan potensinya dalam proses kehamilan dan kelahiran. Dalam satu kajian (Rujukan 1) menunjukkan, pengambilan buah kurma pada penghujung kehamilan iaitu beberapa minggu sebelum bersalin boleh membantu ibu tersebut lebih mudah bersalin kerana ia boleh membantu supaya pintu rahim terbuka dan kembang dengan lebih mudah, oleh itu tidak perlu kepada proses kelahiran secara ‘induce’ atau secara paksa dengan ubat.

Kajian (Rujukan 2) juga menunjukkan pengambilan kurma boleh membantu wanita melahirkan dengan lebih mudah dan cepat prosesnya. Satu kajian yang melibatkan 69 peserta yang mengambil 6 biji kurma setiap hari selama 4 minggu sebelum tarikh jangkaan kelahiran didapati mempunyai kadar peluang 20% lebih tinggi  melahirkan secara normal dan sakit bersalin bermula secara semulajadi. Disamping itu mereka juga lebih cepat melalui proses bersalin nya berbanding dengan seseorang bakal ibu yang tidak mengambil kurma lansung.

Kajian (Rujukan 3) kepada 154 orang ibu mengandung mendapati mereka yang mengamalkan mengambil kurma setiap hari beberapa minggu sebelum bersalin akan mempunyai risiko lebih rendah melaui proses bersalin secara ‘induce’ atau secara paksa dengan ubat.

Lagi satu kajian (Rujukan 4) juga mendapati kesimpulan yang serupa dengan melibatkan 91 orang ibu hamil yang mengambil buah kurma 70 – 76 gram setiap hari bermula pada minggu ke 37. Mereka ini akan mengalami proses bersalin secara aktif 4 jam lebih kurang berbanding dengan mereka yang tidak mengambil buah kurma lansung. Oleh itu proses bersalin yang dilalui adalah lebih cepat dan mudah.

Walaupun kajian-kajian ini sangat baik dan berpotensi besar untuk menjadi saranan kepada ibu hamil, tetapi kajian lanjut masih perlu dijalankan kesan positif mengamalkan makan buah kurma pada minggu-minggu terakhir kehamilan.

Ahli sains berpendapat kesan positif ini adalah kerana terdapat ‘bahan aktif’ (tannin) didalam buah kurma yang melekat kepada reseptor oksitosin dan ia menyerupai hormon oksitosin yang sebenar didalam tubuh yang penting untuk meransangkan proses bersalin yang normal. Hormon oksitosin ini adalah hormon yang bertanggungjawab menyebabkan kontraksi otot rahim semasa proses kelahiran.

Kurma juga mengandungi bahan yang dipanggil ‘tannin’ iaitu sejenis bahan yang didapati membantu menolong kontraksi otot rahim secara semulajadi. Kurma juga tinggi gula asli dan kalori yang akan memberikan tenaga segera kepada ibu semasa proses bersalin.

Amalkan lah kurma kepada ibu-ibu yang hamil untuk memudahkan mereka melalui proses kelahiran yang lebih mudah, cepat dan selamat. Insyaallah

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS (Man), MScAARMMA(UCSI)
MNM(ACNEM), FAGE (MAHE)

Rujukan

1 Kordi M, Meybodi FA, Tara F. Effect of Dates in Late Pregnancy on the Duration of Labor in Nulliparous Women. Iran J Nurs Midwifery Res. 2017 Sep-Oct;22(5):383-387. doi: 10.4103/ijnmr.IJNMR_213_15.

2 Al-Kuran O1, Al-Mehaisen L, Bawadi H.  The effect of late pregnancy consumption of date fruit on labour and delivery. J Obstet Gynaecol. 2011;31(1):29-31. doi: 10.3109/01443615.2010.522267.

3 Razali N, Mohd Nahwari SH, Sulaiman S, Hassan J. Date fruit consumption at term: Effect on length of gestation, labour and delivery. J Obstet Gynaecol. 2017 Jul;37(5):595-600. doi:10.1080/01443615.2017.1283304. Epub 2017 Mar 13.

4 Masoumeh Kordi, Fatemeh Aghaei Meybod et al . Effect of Dates in Late Pregnancy on the Duration of Labor in Nulliparous Women. Iran J Nurs Midwifery Res. 2017 Sep-Oct; 22(5): 383–387. doi:  10.4103/ijnmr.IJNMR_213_15.

Dr Norman bin Mohd Norawi

Pakar Kecantikan (Aesthetic), Anti Penuaan dan Perubatan Regeneratif serta penulis dan penceramah penjagaan kesihatan.

Recent Posts