7 Tips Kekal Awet muda

Sebagai seorang doktor yang merawat pesakit yang memerlukan khidmat perubatan estetik, saya sentiasa berjumpa dengan ramai pesakit yang ingin kelihatan muda daripada usia sebenar mereka. Semua mengimpikan untuk kekal kelihatan awet muda sehingga umur meningkat tua. Seseorang akan rasa bangga jika orang menyangka bahawa umur mereka lebih muda daripada usia sebenarnya. Ia adalah benar bagi kedua-dua lelaki dan wanita tetapi wanita lebih menonjol lagi ingin kelihatan muda. Mempunyai wajah yang tegang, kulit anjal, tidak kusam, tanpa pigmentasi atau jeragat dan dengan kedutan yang sangat minima adalah ciri-ciri seseorang kelihatan muda daripada usia mereka.