Probiotik adalah istilah yang digunakan untuk menamakan ‘bakteria baik’ yang membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang yang ditemui dalam usus manusia. Probiotik adalah faktor penting kepada kesihatan yang baik. Probiotik biasanya terdapat dalam dadih (yogurt) dan minuman kultur. Terdapat juga probiotik yang dijual sebagai suplemen dalam bentuk kapsul atau serbuk yang dibancuh. Terdapat dua jenis probiotik yang utama iaitu dari lactobacillus dan bifidobacterium.
