Makanan yang kita makan setiap hari akan dihadamkan untuk menjadi tenaga kepada tubuh manusia dalam bentuk ‘glukosa’. Karbohidrat adalah sumber utama glukosa kepada tubuh manusia. Tanpa karbohidrat, kita akan merasa letih dan lesu serta tidak bermaya kerana tubuh kita kan kekurangan glukosa. Tanpa kita sedari, setiap hari kita selalunya makan secara berlebihan terutamanya makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti, kuih-muih, kek, pastri, tepung gandum, kentang, gula dan sebagainya. Kita mengambil jumlah karbohidrat yang berlebihan tanpa kita sedari sedangkan kalori yang kita ambil dari karbohidrat ini tidak digunakan kerana kita kurang bersenam atau melakukan aktiviti fizikal yang banyak. Kesan jangkamasa panjangnya mengakibatkan terjadinya Sindrom metabolik (Insulin Resistance Syndrome) juga dikenali sebagai Sindrom X.
