Dr Norman bin Mohd Norawi

Seorang doktor perubatan dengan pengalaman sejak tahun 1997. Beliau mempunyai bidang pengkhususan dalam perubatan estetik dan anti-penuaan serta perubatan regeneratif. Beliau pengasas dan pemilik kepada KLINIK DR NORMAN yang mempunyai cawangan di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Berkelulusan ijazah perubatan MBBS dari Kasturba Medical College, Manipal, India dan Ijazah Sarjana Sains Perubatan Anti Penuaan, Perubatan Regeneratif dan Perubatan Esthetik (Master in Anti Aging, Regenerative Medicine and Medical Aesthetic) MSc(UCSI) dari UCSI University, Kuala Lumpur.

Beliau adalah Konsultan Aesthetic, Anti Aging & Regenerative Medicine dan menjadi ahli kepada Persatuan Perubatan Malaysia (MMA),Society for Anti Aging, Aesthetic and Regenerative Medicine of Malaysia (SAAARMM) dan Society for Advancement of Hormones & Healthy Aging Medicine Malaysia (SAHAMM)

Beliau sangat aktif berceramah di pelbagai syarikat korporat seperti Petronas, Telekom Malaysia, FELDA, MAHB dan di agensi kerajaan dan Institut Pengajian Tinggi.

Beliau adalah penulis di akhbar Harian Metro dalam ruangan SIHAT di Metro Ahad. Beliau selalu panggil untuk rancangan kesihatan dan di temuramah di Televisyen RTM, TV Al Hijrah, radio IKIM FM, RTM Melaka, akhbar Berita Harian, Harian Metro dan beberapa majalah seperti Cosmetic Surgery and Beauty(Issue 1:2014), The Malaysian Reserve( April 2014), The Globalist Malaysia (Vol 6: 2013).

Beliau adalah Host bersama pengacara terkenal Azizah Arifin untuk rancangan Kesihatan di TV Al Hijrah & ASTRO Oasis dalam rancangan AAFIYAT LIFESTYLE pada tahun 2016 & 2017.

Beliau telah menulis buku-buku kesihatan sejak tahun 2009 berkaitan penjagaan kesihatan dan pencegahan penyakit yang boleh didapati dipasaran