Senaman atau aktiviti fizikal adalah diantara kunci kepada kesihatan yang baik. Selalunya apabila ditanya tentang senaman, maka kebanyakan dari kita selalu memberi alasan ‘tiada masa’ untuk bersenam. Dalam dunia moden hari ini, sememangnya kita terlalu sibuk dengan pelbagai urusan kerja seharian kita sehingga kita tiada masa untuk bersenam. Terdapat pelbagai kaedah dan program senaman yang dicipta dengan menggunakan pelbagai peralatan atau tanpa sebarang peralatan. Selalunya ia melibatkan tempoh masa yang panjang dan memerlukan kita melakukan aktiviti yang lama seperti senaman aerobik, seni mempertahankan diri, berbasikal, berjoging, berenang, bersukan dan sebagainya.
